Sunday, March 20, 2011

Fiesta Belon Panas Putrajaya 2011


Fiesta kali ini menampilkan 27 belon membabitkan 14 negara termasuk Belgium, Switzerland, Belanda, Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, Thailand dan Vietnam. Selain itu mereka menyediakan lima belon khas kepada orang ramai yang ingin merasai pengalaman menaiki belon panas, iaitu pada jam 8 pagi hingga 11 pagi dan pada jam 6 petang hingga 9 malam pada harga RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.Disamping itu aktiviti lain juga turut disediakan di majlis ini dengan pelbagai jenis sukan lasak agar para pengunjung dapat merasakan kemeriahan Fiesta Belon Panas di Putrajaya kali ini.Fiesta seperti ini dapat memberi banyak manfaat kepada para pengunjung selain daripada mengisi masa lapang,ianya juga dapat memperkenalkan kepada masyarakat bagaimana belon udara panas ini di naikan keudara serta keunikan reka bentuknya.

3 comments: