Kes kebakaran lima buah Rumah dijalan Jublee,Chan Sow Lin yang menyebabkan hangus terbakar,dan dalam kejadian mangsa dapat diselamatkan.Punca kebakaran adalah dari berlakunya lintar pintas.Dengan tindakkan pantas Bomba sempat mengawal kebakaran dari merebak ke kawaan lain.
Saturday, July 9, 2011
Thursday, July 7, 2011
Kehidupan Gelandangan
Kebanyakan orang gelandangan ini ialah mereka yang kehilangan rumah, disisihkan keluarga atau kurang waras.Mana sahaja tempat yang dirasakan selesa dan tiada gangguan, maka akan menjadi tempat tinggal mereka termasuk kemudahan awam seperti taman, stesen bas dan kaki lima kedai.Ia sekali gus mencacatkan imej bandar ini sebagai destinasi pelancongan.Bagaimanapun, sikap masyarakat sendiri yang terlalu ‘baik hati’ dengan menghulurkan sumbangan tanpa memeriksa latar belakang dan ketulenan pengemis itu menjadi punca masalah berikut tidak mampu diselesaikan.Kebanyakan mereka merupakan warga emas dan jika mereka mempunyai waris, wajarlah waris dikenakan tindakan tegas kerana mengabaikan ahli keluarga sendiri. “Bagi yang tidak mempunyai waris pula, wajarlah mereka ditempatkan di pusat jagaan orang tua. Mereka juga berhak menghabiskan sisa hidup dalam suasana gembira.Oleh itu masyarakat harus mengambil permaslahan seperti ini sebagai suatu yang serius kerana kita adalah suatu masyarakat yang perihatin.
Subscribe to:
Posts (Atom)