Universiti Teknologi MARA telah mewujudkan jaringan usahasama dengan pihak Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) untuk membina Pusat Technopreneur UiTM-MTDC. Pusat ini akan menempatkan ruang pejabat dan 35 inkubator bagi tujuan pembangunan dan pengkomersilan produk penyelidikan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak akan merasmikan Majlis Perjanjian Usahasama Pusat Technopreneur UiTM-MTDC & Pelancaran Business Start-up Fund.